Monday, September 24, 2007

Man Utd 2 Chealsea 0

Avram Grant tewas dalam perlawanan pertama sebagai jurulatih Chelsea selepas mengambil alih tugas daripada Jose Mourinho Jumaat lepas apabila skuad bimbingannya tewas 2-0 kepada Manchester United di Old Trafford dalam saingan bola sepak Liga Perdana England, semalam.

Kejayaan itu membolehkan United mengambil alih tempat kedua dalam kedudukan carta Liga Perdana England menerusi kemenangan pertama sejak Jose Mourinho meninggalkan Chelsea.

Pemain Argentina, Carlos Tevez menjaringkan gol pertama untuk United apabila menanduk masuk bola hantaran lintang Ryan Giggs di masa kecederaan sebelum rehat. Gol tersebut memang cantik kerana menewaskan penjaga gol Chealsea, Cech.

Chelsea pula tersentak beraksi dengan 10 pemain apabila pengadil, Mike Dean membuat keputusan kontroversi melayangkan kad merah kepada John Obi Mikel selepas 32 minit babak bermula kerana mengkasari Patrice Evra.Padahal kekasaran yang boleh diberikan kad merah oleh Dean ialah ketika Joe Cole mengasari Cristiano Ronaldo.Kekasaran tersebut amatlah merbahaya. Joe Cole dikeluarkan dan digantikan dengan Wright Philips. Dia diejek penyokong United.

Dean sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan keputusannya pada minit ke-88 menghadiahkan sepakan penalti gara-gara kekasaran Tal Ben Haim ke atas Louis Saha yang melakukan jaringan kedua United.

Kemenangan itu membolehkan United berada di tangga kedua dengan 14 mata, dua mata di belakang pendahulu Arsenal dalam perlawanan kelmarin membelasah Derby Country 5-0 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.

No comments: