Tuesday, September 18, 2007

Rooney Jadi Taruhan

Seperti apa yang telah dilaporkan khas untuk semua peminat The Red Devils, sudah tentulah kembalinya semula Wayne Rooney untuk perlawanan seterusnya Man Utd dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab yang banyak melahirkan pemain berbakat, Sporting Lisbon Rabu ini.
Ini sebenarnya bukan sahaja menggembirakan Sir Alex Ferguson, tetapi juga peminat diserata dunia dan yang paling penting peminat-peminat di Malaysia. Man u fever sebenarnya sudah tersebar diseluruh tanah air kita ini. Penajaan Air Asia dan juga Kementerian Pelancongan Malaysia menunjukkan Man u fever itu sebenarnya dah lama bertapak disini. Peminat Arsenal dengan Chealsea di Malaysia jangan jealous. Sebenarnya Rooney dah boleh main masa Manchester lawan bekas kelabnya, Everton tapi langkah Sir Alex merehatkan Rooney merupakan suatu yang wajar. Ini membuktikan Sir Alex Ferguson begitu serious dengan Liga Juara-Juara Eropah

No comments: