Tuesday, September 25, 2007

Hargreaves, Neville Kembali

Owen Hargreaves bersedia untuk menyambung semula karier dengan Manchester United pada perlawanan Piala Liga berdepan pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City.

Pemain antarabangsa England itu baru melakukan tiga penampilan untuk kelab barunya sejak perpindahan 17 juta pound (RM221 juta) daripada Bayern Munich musim panas lalu dan masalah kecederaan paha memaksa pemain tengah itu diketepikan, sejak kemenangan di tempat sendiri ke atas Sunderland, 1 September lalu.

Ketika ketiadaan Hargreaves, pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu menampilkan kebangkitan menuju ke kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas menewaskan pencabar utama Chelsea 2-0, minggu lalu.
Tetapi dengan United masih belum mencapai tahap terbaik musim ini, kehadiran pemain berusia 26 tahun itu akan memberi suntikan buat Ferguson.


Ferguson mengakui, perlawanan Piala Liga itu hadir terlalu cepat buat kapten pasukan yang cedera, Gary Neville kembali beraksi selepas menjalani pembedahan buku lali, Mei lalu.

"Owen Hargreaves berada dalam latihan dan menunjukkan kemajuan setiap masa, dia dalam persaingan merebut tempat untuk perlawanan Coventry.

"Gary Neville sudah menyertai pasukan utama berlatih, tetapi perlawanan Coventry terlalu awal buatnya. Dia memerlukan 7 hingga 10 hari lagi," kata Ferguson.
Hargreaves dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama yang sebahagian besar akan dibarisi pemain muda, dan Ferguson dijangka menggunakan perlawanan kali ini sebagai peluang pendedahan kepada pemain muda dan simpanan.

Penjaga gol, Tomasz Kuzsczak akan memangku tugas Edwin van Der Sar yang akan direhatkan selepas tidak dibocori dalam lima perlawanan, rekod terbaik kelab itu dalam dua tahun.

Sementara itu, pemain tengah Lee Martin dan Chris Eagles diberi peluang menunjukkan kebolehan mereka bagi merebut lebih banyak aksi EPL.

No comments: