Tuesday, September 18, 2007

Ronaldo lebih dewasa....

Winger Manchester United, Cristiano Ronaldo sudah boleh kembali bermain setelah menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan.
Cristiano Ronaldo yang dilayangkan kad merah ketika beraksi menentang Portsmouth. Tonggak utama Portugal itu yakin dirinya kini lebih dewasa untuk berdepan dengan pihak lawan.
Kad merah diterimanya akibat daripada kekasaran dengan menanduk dada pemain The Pompey.

Sebagai seorang bintang yang tengah meningkat Ronaldo sedar banyak pemain yang cuba untuk menjatuhkannya,samada dari segi fizikal ataupun emosi.

Ia berjanji kepada Sir Alex Ferguson kali ini akan lebih dewasa dalam mengatasi psikologi daripada pihak lawan
“Saya belajar dari hukuman tersebut, Sekarang mental saya lebih bersedia untuk menerima segala serangan yang ditujukan kepada saya."
Saya telah berjanji kepada Pengurus saya dan hal itu tidak akan berulang lagi. Saya menyedari hal itu tidak ada untungnya.”

Ronaldo yang begitu menyengat pada musim lepas apabila menjadi top scorer dalam manchester kecewa melihat rakan sepasukan lain tidak dapat meletakan manchester dihadapan pada dua perlawanan sebelum ini.

“Sungguh sedih kerana tidak dapat membantu pasukan dan saya berjanji untuk menunjukan prestasi yang cemerlang dalam perlawanan menentang Sporting Lisbon dan Chealsea minggu ini.
” ujar Ronaldo.

No comments: