Sunday, September 30, 2007

Maurinho Tidak ke Stadium

BEKAS pengurus Chelsea, Jose Mourinho menegaskan tidak akan tampil dalam mana-mana stadium bola sepak hinggalah dibenarkan kembali mengurus pasukan.

Mourinho kini menghabiskan masa berehat bersama kelurganya di Setubal, Portugal selepas meninggalkan Chelsea, minggu lalu.

Katanya: “Saya ingin tinggalkan dulu kehidupan penuh tekanan seperti enam bulan lalu, tapi saya tidak mahu berterusan tanpa kerja. Saya bersedia untuk kembali dengan lebih baik.

“Cuma, saya tak pasti sama ada ia dalam tempoh seminggu, sebulan atau setahun. Tapi, saya tak percaya akan menganggur lama kerana bukan itu yang saya mahukan.

“Saya akan ikuti kelas bahasa asing dan kejuaraan Portugal, tapi di luar padang. Dalam keadaan lebih tenang.

“Semestinya saya akan tonton banyak perlawanan bola sepak semua liga yang disiarkan di televisyen.

“Saya tak akan ke stadium kerana saya sedar situasi yang bakal tercetus dengan kehadiran saya di situ.”

No comments: